Kota Setar, Kubang Pasu Dilanda Banjir, SK Bukit Pinang Di Tutup


ALOR SETAR - Ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak awal pagi tadi dan  mengakibatkan beberapa buah sekolah didaerah ini dan Kubang Pasu dinaiki air termasuk Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang yang terpaksa ditutup berikutan keadaan itu mengganggu proses pembelajaran murid di sekolah berkenaan.

Guru Besar Badriah Minai berkata, seramai 597 murid sekolah terbabit dibenarkan pulang seawal pukul 11 pagi.

"Pada mulanya sesi persekolahan berjalan seperti biasa tetapi pada 11 terpaksa dihentikan apabila paras air semakin meningkat. Pihak APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) datang ke sekolah untuk bantu memindahkan murid-murid.

"Waris datang mengambil anak masing-masing dan ada yang dihantar pulang oleh anggota APM," katanya yang dipetik Bernama.

Menurut Badriah, sesi persekolahan akan berlangsung seperti biasa esok selagi tidak mendapat sebarang arahan penutupan daripada Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com