Konon ADUN PKR Sertai UMNO Hanya Rekaan "Tukang Putar Cerita"


BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhmmad Muhd Taib menafikan beliau merancang untuk membawa masuk lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada hari penerimaannya semula sebagai ahli UMNO.

Beliau menyifatkan ura-ura kononnya  ADUN pembangkang untuk sertai UMNO  hanya rekaaan dan kerja puak  'tukang putar cerita'.

“Ia bukan dari saya…saya pun tidak tahu dari mana spinmaster (kaki putar cerita) itu dapat maklumat ini,” katanya pada sidang akhbar di rumanya semalam.

“Saya nak masuk semula UMNO…tak ada nak bawa sesiapa,”tambah bekas Naib Presiden UMNO itu. 


Dakwaan beliau untuk membawa anggota pembangkang Selangor itu  sengaja disebar untuk gambarkan sidang akhbar Perdana Menteri pada 17 September itu sesuatu yang anti-klimaks.

Mereka berpendapat sesuatu langkah politik yang tidak lojik dan membuang masa kerana pilihanraya umum akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Pada sidang akhbar itu Muhd Taib juga secara terbuka memohon maaf kepada orang Melayu kerana tinggalkan UMNO seketika.

Sementara itu  beliau bimbang kemungkinan Melayu hilang cengkaman kuasa ekoran perpecahan yang berlaku sekarang.

Pihak pembangkang yang turut teruja dengan sidang akhbar khas Perdana Menteri kemudian menyifatkan bekas Menteri Besar Selangor sengaja  mahu 'memalukan' Perdana Menteri.

Mereka (pembangkang) termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mempersenda keputusan Muhd Taib menyertai semula UMNO sedangkan bekas Perdana Menteri itu juga dua tiga kali keluar masuk UMNO. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com