Kesas Tawar Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Deepavali


KUALA LUMPUR - Kesas Sdn. Bhd. (Kesas) sebagai syarikat konsesi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena sambutan perayaan Hari Depavali pada 18 Oktober ini.

Ketua Pegawai Operasi Kesas, Mohammed Shah Samin berkata, tawaran diskaun itu diberikan kepada kenderaan kelas satu dan akan berkuat kuasa pada pukul 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada hari tersebut

“Pihak kami menganggarkan sebanyak 285,000 pengguna lebuh raya bakal menerima manfaat tersebut dengan jumlah subsidi iaitu lebih RM57,000.

“Tawaran diskaun ini adalah antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak Kesas untuk diberikan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com