Kenapa Mat Sabu Sedih Bila Lihat Markas PAS?


PRESIDEN Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu sedih melihat markas PAS yang turut dibangunkan hasil dana yang diusahakan oleh ahli PAN.

Malangnya markas yang diusahakan bersama  itu kini digunakan oleh PAS untuk memburukkan PAN.

Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sama sekali tidak merindui parti lamanya itu lag. 

Bekas Timbalan Presiden PAS yang kalah teruk dalam mempertahankan jawatannya pada mukatamar parti Islam  itu  pada 2015 menyatakan dirinya tidak menyesal sama sekali meninggalkan PAS.

Katanya beliau kini lebih senang berada dalam PAN  bersama rakan seperjuangannya.

"Kita tak rindu PAS, bahkan mereka (ahli PAS) yang rindu kita. Kebanyakan rakan kita dalam PAS dahulu teruja mahu berjabat tangan dengan kita yang telah meninggalkan mereka," kata Mat Sabu seperti mana dilaporkan oleh Sinar Harian.

Sementara itu, Mat Sabu berkata, PAS kini  bukanlah saingan sebenar  kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.

Beliau juga senada dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan meramalkan parti itu akan hilang wang pertaruhan pada PRU kali ini.

Dr. Mahathir sebelum ini berkata, PAS akan kalah teruk pada PRU14 kerana enggan bersama Pakatan Harapan.

"Meskipun berlaku pertembungan tiga penjuru, yang akan memberi persaingan hanyalah BN atau Pakatan, " kata Mat Sabu.

 Mat Sabu sebelum ini menyatakan keyakinan PAN untuk mengambil alih Kelantan selepas PRU 14.- Kedahnews.com
 .

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com