Keluarga Di Kodiang Terkejut Ular Keluar Dari Mangkuk Tandas


ALOR SETAR – Sebuah keluarga terkejut apabila menemui seekor ular jenis belalai gajah sepanjang dua meter yang keluar dari mangkuk tandas di rumah mereka di Kampung Telaga Jambu, Kodiang dekat sini pada Jumaat lalu.

Penemuan reptilia berwarna kehitaman dan lembik yang dirakam itu menjadi tular sehingga turut disiarkan media online antarabangsa termasuk Daily Mail.

Melihat kepada fizikal ular jenis belalai gajah yang berkepala kecil berbanding badannya, haiwan tersebut dipercayai mempunyai berat badan kira-kira 15 kilogram.

Video berdurasi 18 saat itu dimuat naik oleh Zul Hanif atau nama sebenarnya, Mohd. Zulhanif Mat Zuki 25, di laman Facebook miliknya sejak Sabtu lalu sebelum klip video tersebut kini dikongsi hampir 5,000 orang.

Zul Hanif semasa dihubungi Kosmo! memberitahu, ular bersifat menggelikan dan agak pelik itu dijumpai abangnya, Lutfi Asraf yang berada di dalam tandas terletak berdekatan dapur rumah ketika mencuci pakaian pada pukul 8 malam.

Sumber – Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com