Kedah Sedia Bantu Pulau Pinang Tangani Banjir


ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah sedia memberi tunjuk ajar kepada Pulau Pinang sekiranya di perlukan terutama dalam usaha menangani masalah banjir yang sering melanda negeri itu.

Menurut Setiausaha Pemuda UMNO negeri Kedah, Syed Hafiz Syed Mustafa, sejak awal bulan tahun ini, kerajaan negeri Kedah sudah membuat persiapan awal dengan mengadakan mesyuarat bencana negeri dalam menyusun gerak kerja sekiranya berlaku bencana banjir.

“Persediaan awal ini bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera bila berlakunya banjir. Lagipun, banjir kali ini memang sudah dijangka kerana projek tebatan banjir yang sedang dibina serta projek perluasan sungai aliran utama.

“Jika dibandingkan dengan banjir besar pada tahun 2010 yang membabitkan 33,414 mangsa, keadaan banjir yang berlaku pada waktu ini hanya membabitkan kira-kira 3,439 mangsa sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.

Syed Hafiz turut berkata, sekiranya kerajaan negeri Pulau Pinang serius untuk menangani masalah banjir di negeri itu, Kedah sedia memberi tunjuk ajar kepada mereka. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com