Jumpa Mayat Reput Tepi Tiang Elektrik


MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan mula mereput di tepi tiang elektrik di kawasan Bandar Megah, Batu 8, Sandakan, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.05 petang, lelaki berusia 31 tahun itu ditemui orang awam turut dilihat dalam keadaan berulat.

Ketua Zon Enam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 petang dan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikejar ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota bomba mengalihkan mayat berkenaan ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Anddre berkata, berdasarkan laporan awal yang diterima lelaki itu maut dipercayai akibat renjatan elektrik.

"Bagaimanapun, masa sebenar kejadian belum dapat dipastikan namun menurut ahli keluarga, lelaki itu keluar dari rumah sejak 29 September lalu," katanya

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com