Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 130 Orang


ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 12 tengah hari ini meningkat kepada 130 orang berbanding 116  orang, pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), tiga pusat pemindahan yang menempatkan 27 keluarga masih dibuka di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

Di Kota Setar, dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar yang menempatkan 26 mangsa banjir daripada tujuh keluarga dan 17 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Maahad Darul Hasimie.

Di Kubang Pasu, 87 orang daripada 18 keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Lahar, Jitra.

Cuaca yang semakin cerah diharapkan berterusan untuk memungkinkan mangsa banjir dibenarkan pulang petang ini. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com