JPJ Kedah Buka Tander Nombor Plat 'KEL'


ALOR SETAR  –  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah telah membuka tender tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan 'KEL 1 hingga KEL 9999' kepada orang awam bermula semalam hingga 23 Oktober ini.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff, menyatakan keyakinan bahawa nombor plat negeri berkenaaan akan mendapat sambutan hangat seperti nombor terdahulu  'KEE' dan 'KEK'.

“Sebelum ini, JPJ Kedah mendapat kutipan tertinggi hasil daripada tender nombor pendaftaran 'KEE' adalah RM308,000 pada 2016 manakala 'KEK' sebanyak RM189,000 kira-kira tiga bulan lalu.

"Justeru itu, kami menjangkakan 'KEL 1 hingga KEL 9999' mendapat kutipan yang juga tinggi kerana mempunyai banyak kombinasi yang boleh dijadikan pelbagai perkataan seperti 'KEL 14' (KELIA), 'KEL 413' (KELAB),  'KEL I54' (KELISA) dan 'KEL I847' (KELIBAT)." katanya.

Jeasnya lagi, sebanyak tiga ketegori nombor pendaftaran akan diketengahkan iaitu nombor emas yang bermula angka 1 hingga 10 dengan tender bermula RM10,000.

Sementara yang kedua  ialah nombor menarik (nombor dua angka) yang bermula RM2,000 , nombor popular (nombor kahwin) bermula RM300 dan nombor semasa bermula RM210," ujarnya lagi.

"Buat masa ini nombor pendaftaran 'KEK' masih berjalan dan dijangkakan akan mencecah angka 9000 pada awal November ini...selepas selesai 'KEK', nombor pendaftaran 'KEL' pula dijangka bermula pertengahan November ini, “ jelasnya.

Sementara itu, Ismasuhaimi turut memberi amaran kepada semua pemilik kenderaan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan berkaitan nombor pendaftaran kenderaan agar ianya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Dalam keghairahan untuk memilih dan menempah nombor plat ini, saya sekali lagi ingin memperingatkan pengguna agar mematuhi spesifikasi yang sudah ditetapkan JPJ kerana jika melanggar peraturan, saman akan dikeluarkan," katanya.

Bagi sesiapa yang berminat  bolehlah membuat tempahan kepada Pengarah JPJ Kedah atau melayari laman web JPJ di http://www/jpj.gov.my untuk mendapatkan panduan serta syarat-syarat lanjut mengenai proses tempahan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com