ISPCA, MCA Perak Minta Polis Siasat Kes Lelaki Rogol Anjing


IPOH – Persatuan Pencegahan Kekejaman Ke Atas Haiwan Ipoh (ISPCA) dan Biro Perkhidmatan dan Pengaduan MCA Perak meminta pihak polis melakukan siasatan segera terhadap perbuatan jijik seorang lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor anjing di Taman Indah, Teluk Intan dekat sini baru-baru ini.

Presiden ISPCA, Ricky Soong berkata, laporan tersebut dibuat agar polis segera mengambil tindakan terhadap lelaki itu bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

“Harapan kita agar suspek dapat ditangkap dengan segera supaya dia tidak melakukan lagi perbuatan tersebut.

“Sekarang dia melakukan seks pada haiwan, mungkin pada masa akan datang dia melakukan perbuatan keji itu terhadap kanak-kanak pula,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Pekan Baru di sini semalam.

Dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu, lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan itu pada Rabu lalu di depan pintu pagar sebuah rumah di Lorong Laksamana 4, Taman Indah, Teluk Intan.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu yang menunjukkan lelaki itu mendukung anjing berkenaan sebelum melakukan perbuatan jijik itu tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Sumber – Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com