Geng Ah Hau Kebas Kereta, Pecah Rumah Di Utara Tanah Air Dan Ibu Kota Diberkas Polis


ALOR SETAR - Seorang Individu Geng Ah Hau yang menjalankan aktiviti curi kenderaan dan pecah rumah sekitar Lembah Klang, Kedah, Pulau Pinang serta Perak kini diberkas polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, suspek yang mempunyai 17 rekod jenayah itu didakwa melakukan kegiatan tersebut bersama dua lagi rakan yang masing-masing mempunyai tujuh dan 10 rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun, Geng Ah Hau itu berjaya ditumpaskan apabila polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan suspek dalam serbuan di sebuah hotel di Chemor, Perak Jumaat lalu.

“Hasil tangkapan itu, polis berjaya menemui semula kenderaan Honda CRV, Honda Civic, Toyota Camry, lapan unit kamera, 35 utas jam tangan, lima beg tangan wanita dan barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000 yang disorok di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.

“Operasi mengesan ahli kumpulan Ah Hau itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan kes pecah masuk dan melarikan sebuah kenderaan di Bandar Kinrara di sini,” katanya yang dipetik dari MyMetro. - Kedahnews.com




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com