Dua Penganggur Didakwa Bunuh Kenalan Dengan Topi Keledar


GEORGE TOWN - Dua penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas kesalahan menyebabkan kematian seorang kenalan mereka dengan memukul mangsa menggunakan topi keledar dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Razman Saini Anuar, 24, dan Mohd Yusri Mohamed, 38, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Lim Kook Boon, 33 dengan menggunakan topi keledar di Blok B, tingkat 14, flat Kampung Melayu, Air Itam di sini 22 September 2017.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca di bawah Seksyen 304 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes yang dihadapi kedua-dua lelaki terbabit sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com