Dua Beradik Ditahan Dipercayai Sebagai Pengikut Syiah Di Jitra


ALOR SETAR - Dia adik-beradik antara empat orang lelaki yang ditahan kerana dipercayai pengikut ajaran Syiah.

Penahanan tersebut dibuat di sebuah rumah kedai di kawasan Jitra petang kelmarin oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Negeri Kedah (Jheaik).

Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Ismail berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan22 hingga 40 tahun.

Hasil serbuan pada jam 6.25 petang itu menemukan  beberapa barang yang disyaki mengandungi ajaran Syiah yang melanggar fatwa negeri Kedah mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014.

Beberapa jenis barangan yang melanggar agama Islam yang dirampas adalah beberapa jenis kitab larangan,  baju berwarna hitam bertulis 'Al-Mahdi is here', akuan berkanun dan batu karbala yang biasanya digunakan pengikut ajaran Syiah untuk tempat meletakkan dahi ketika sujud dalam solat.

Kesemua barangan tersebut dirampas dan dibawa ke pejabat Jheaik untuk siasatan lanjut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com