Dosh Kedah Saran IKS Sertai Program Pintu Ke Pintu


SUNGAI PETANI – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Kedah menyarankan lebih banyak Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menyertai Program Bimbingan Pintu ke Pintu dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.

Pengarahnya Hazlina Yon berkata apabila pihak IKS menyertai program bimbingan itu, tahap keselamatan dan kesihatan pekerja semasa di tempat kerja dapat ditingkatkan selain boleh mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau kematian.

Tanpa menyatakan statistik terkini, beliau berkata ini kerana sektor IKS dilaporkan antara sektor yang paling banyak menyumbang kepada kes kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan berbanding sektor lain di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan bagi Koordinator Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) sektor IKS 2017 di Auditorium Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC), di sini semalam.

Sementara itu, Hazlina berkata 54 peratus daripada 32 syarikat yang menjadi kumpulan pertama menyertai program berkenaan berjaya meningkatkan gred mereka. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com