Ditawar RM5 Juta, Kenapa Syed Saddiq Masih Belum Buat Aduan Kepada SPRM?


SEBELUM ini Ketua Ang­katan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman begitu gah  mendedahkan ada orang mahu 'menyogoknya' untuk tinggalkan PPBM.

Beliau juga mendakwa bekas pemimpin lain yang meninggalkan PPBM telah menerima 'dedak' atau disogok wang berjuta ringgit.

Bagaimanapun dua hari kemudian dia menyatakan tidak pasti pemimpin yang didakwa menerimanya selepas nama mereka yang diheret itu membuat penafian dan melaporkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membersihkan imej masing-masing selepas 'dipalit lumpur' oleh Syed Saddiq.

Pengerusi Pakatan Harapan Dr. Mahathirdan Penasihat DAP mempercayai dakwaan yang dibuat Syed Saddiq dalam sidang akhbar khas itu.

Namun ramai pula yang mencabar Syed Saddiq melaporkan dakwaan sogokan dengan buktinya sekali kepada SPRM.

Selepas minggu telah berlalu, dikhabarkan masih tiada aduan dibuat oleh Syed Saddiq kepada SPRM.

Semalam, Syed Saddiq diminta  membuat laporan oleh Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil jika benarkan dakwaan itu benar.

Beliau berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai rasuah atau salah guna kuasa perlu melaporkan kepada pihaknya sebelum dapat dilakukan siasatan dan diambil tindakan.

“SPRM tidak tahu semua perkara yang berlaku di negara ini, kita bukan Superman," kata Shamsun Baharin pada sidang akhbar selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama 310 warga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Ibu pejabat Nafas, Kota Damansara, Kuala Lumpur. 

Syed Saddiq sebelum ini mendakwa terdapat usaha untuk mengeluarkannya daripada PPBM dengan tawaran sebanyak RM5 juta.

Ketua Armada PPBM itu tidak perlu menunggu terlalu lama untuk membuat aduan rasmi jika beliau serius. 

Beliau tidak perlu menunggu hingga dijemput oleh suruhanjaya itu atau mereka sendiri datang menemuinya.- Kedahnews.com.   . 






No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com