Ditahan Di Bawah ISA Kerana Persoal Hak Rakyat Sabah Ketika Zaman Mahathir


KOTA MARUDU - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili antara yang diletakkan di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata pada zaman Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, rakyat Sabah dan Sarawak dilarang menyentuh mengenai hak di negeri itu terutama  mengenai Perjanjian Malaysia 1963  (MA63) dan Perjanjian 20.

"Jika berbuat demikian, orang itu akan dipenjarakan di bawah ISA dan saya adalah seorang daripada mereka yang diletakkan di bawah tahanan ISA," kata beliau pada majlis penyerahan peralatan dapur kepada 37 Cawangan Wanita PBS Mukim Simpangan di sini, semalam.


Sementara itu, beliau mengingatkan rakyat supaya jangan terpengaruh dengan janji kosong bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kini menubuhkan parti pembangkang  dan menyertahan Pakatan Harapan untuk mengambil alih kerajaaan. 

Beliau berkata pihak pembangkang hanya pandai 'menjual minyak' untuk menarik sokongan rakyat."Mereka tidak melaksanakan perkara-perkara itu apabila mereka mempunyai peluang (apabila mereka masih) dalam kerajaan,"kata Ongkili 

Beliau juga menyifatkan janji utama Pakatan Harapan seperti mempertahankan hak-hak Sabah,MA63 dan menawarkan jawatan nombor dua negara (timbalan perdana menteri) bagi Sabah dan Sarawak sebagai 'meludah ke langit'.

"Ia cuma bertujuan untuk memancing pengundi. Jangan termakan dengan janji-janji itu. Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun ...mengapa beliau tidak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua untuk Sabah dan Sarawak?"kata Ongkili.

Sementara itu, beliau berkata sayap wanita parti memainkan peranan yang tidak kurang penting dengan sayap-sayap yang lain terutama untuk mendekati isi rumah dan keluarga bagi menyampaikan mesej sebenar BN.

Beliau berkata rakyat perlu mendengar mesej yang betul tentang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk rakyat.

"Jangan membiarkan diri anda menjadi mangsa propaganda pihak pembangkang,"kata Ongkili yan dipetik daripada  Bernama. 

Baru-baru ini Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dibidas berikutan kenyataan beliau yang kononnya mahu melihat kembali Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah menyifatkan kenyataan itu adalah satu pembohongan kerana Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah menarik hak rakyat Sabah seperti terkandung di dalam MA63 tanpa merujuk kepada Parlimen terlebih dahulu.

Kata Raymond Tan, hak tersebut adalah dalam industri gas dan tenaga yang dihapuskan pada tahun 1983 hanya dengan menggunakan Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan tanpa dibahaskan di Parlimen sebelum dipersetujui.

“Ini adalah kes yang amat jelas pada tahun 1983 apabila Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri membatalkan perundangan tentang hak rakyat Sabah yang terkandung di dalam MA63 tetapi Sarawak dikekalkan, " katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com