Dipenjara 6 Tahun Kerana Perkosa Isteri Berusia 12 Tahun


SEORANG lelaki Romania yang berusia 25 tahun telah dipenjarakan selama enam tahun selepas merogol isterinya yang berusia 12 tahun. Dia didakwa melakukan seks dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Lelaki yang mempunyai latar belakang gipsi itu, berkahwin dengan kanak-kanak berkenaan secara haram di negaranya sebelum berpindah ke Britain.

Dia yang tidak boleh dinamakan atas alasan undang-undang memberitahu dia akan menghidupkan semula hubungan dengan kanak-kanak terbabit selepas dibebaskan dari penjara kelak.

Manakala kanak-kanak terbabit yang sedang sarat hamil telah kembali ke Romania.

Dalam perbicaraan, peguamnya memberitahu lelaki itu telah terikut-ikut dengan amalan secara meluas yang dilakukan oleh gipsi di Romania.

“Pasangan itu bertemu di Romania dan kedua-duanya juga tidak mempunyai masalah dengan jurang usia antara mereka,’’ kata peguamnya.

Hakim Patricia Lynch ketika membuat keputusan berkata, isu sebenar ialah hubungan seks dengan kanak-kanak adalah bertentangan dengan undang-undang.

“Ini bukannya kes melibatkan sesiapa yang memberikan kebenaran sebaliknya kanak-kanak perlu dilindungi,’’ katanya. 

Sumber – MYNEWSHUB

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com