DAP Sudah Mula Kuasai Pakatan Harapan, Peranan Anwar Semakin Terhakis?


DAP dilihat semakin 'menjauhkan diri' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sepi di penjara Sungai Buloh.

Parti itu tidak mungkin lagi akan memperduli nasib Anwar selepas dibebaskan daripada penjara kelak.

Setelah Dr. Mahathir " menyerah diri," DAP dilihat semakin galak untuk membuat keputusan bagi pihak Pakatan Harapan walaupun gabungan itu diketuai oleh Anwar dan dipengerusikan oleh Dr. Mahathir. 

Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melihat pemimpin DAP Lim Kit Siang bijak membuat percaturan termasuk mengetepikan Anwar selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan.

Kit Siang kini dilihat mempergunakan Dr Mahathir untuk melindungi tujuan politik sebenar beliau.

"Sebab itulah Dr Mahathir sangat sensitif berhubung isu itu dan setiap kali ada pihak bercakap tentang Kit Siang menjadi perdana menteri, beliau akan jadi orang pertama menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan Kit Siang,? katannya menerusi sskeruak.blogspot.my. semalam.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata di sebalik penafian Kit Siang, beliau tidak dapat menyembunyikan hakikat yang beliau adalah pemimpin de facto (sebenar) dan DAP yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak yang membuat keputusan dalam Pakatan Harapan.

"Ini bermakna beliau yang memutuskan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU-14 (pilihan raya umum ke-14) dan selaku pemimpin de facto parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak, pilihan tepat untuk perdana menteri ialah Kit Siang sendiri," katayang dipetik daripada Bernama..

Beliau juga berkata sejarah pakatan banyak menunjukkan bahawa Kit Siang yang banyak membuat keputusan.

"Apabila Pakatan Rakyat dibubar, Kit Siang yang buat keputusan itu secara sendirian dan Kit Siang juga yang putuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan PAS sekalipun PKR tidak mahu. "Ini akan berulang dalam isu siapa jadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang PRU. Ini dibuktikan oleh rekod Pakatan sendiri," kata Salleh.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mempengerusi mesyuarat Pakatan Harapan di ibu pejabat DAP dan ia dilihat oleh pemerhati politik sebagai peralihan kuasa penuh kepada DAP sedang berlaku dalam gabungan pakatan pembangkang itu.- Kedahnews.com 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com