DAP Geram Abdul Hadi Tidak Serang UMNO


ALOR SETAR - Gara-gara pendekatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini yang dikatakan tidak lagi menyerang UMNO sebagaimana sebelumnya, telah mencetus rasa berang DAP terhadap Presiden PAS itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, corak politik yang diamalkan Abdul Hadi disifatkan sebagai "agak sesat"

"Dari segi politik, ia agak sesat kerana tumpuannya adalah ke atas parti pembangkang, bukan Barisan Nasional (BN) ataupun UMNO. Kalau kita lihat, dia tak serang UMNO sekarang," kata Guan Eng dalam satu kenyataan, semalam.

Memetik laporan sebuah portal berita, Guan Eng turut melepaskan geram apabila Abdul Hadi lebih cenderung menyerang DAP dan parti-parti yang bergabung di dalam Pakatan Harapan seperti PPBM, PAN dan PKR.

Malah katanya, Abdul Hadi menggunakan bahasa kesat terhadap partinya dan tindakan tersebut dianggap Setiausaha DAP itu sebagai sikap mahu "bermusuh" dengan golongan bukan Islam.

"Ini bukan kali pertama ucapan sedemikian, kalau kita lihat ucapan beliau, bukan saja keluarkan bahasa kesat.

"Inilah sikap seorang Presiden PAS seperti ini yang penuh dengan hostility (permusuhan) ke atas golongan bukan Islam," katanya.

Abdul Hadi sebelum ini dalam satu kenyataan umum menyeru rakyat di negara ini khususnya umat Islam supaya menolak parti yang berkonsepkan Malaysian Malaysia serta bersikap cauvinis yang disifatkan bertentangan dengan Islam.

Manakala bekas Tun Dr Mahathir Mohamad pula sebelum ini bertahun-tahun mengingatkan bangsa Melayu di negara ini supaya menolak DAP yang beliau sifatkan tebal dengan cauvinis selain memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.

Menurut beliau, konsep yang menjadi perjuangan DAP itu sama sekali tidak dapat diterima di negara ini ekoran memperjuangkan kesamarataan hak yang sekaligus menyamakan kedudukan agama dan bangsa lain dengan kedudukan Islam dan Melayu di negara ini.

Jelas Mahathir, konsep berkenaan secara tidak disedari menghilangkan hak keutamaan dan keistimewaan agama Islam serta bangsa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Walau bagaimanapun, Mahathir kini tidak lagi menyebut perkara tersebut ekoran beliau telah bersekutu dengan DAP bagi melunaskan "dendam permusuhan"nya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Namun begitu, Mahathir yang kini Pengerusi PPBM berdepan krisis kredibiliti yang kritikal ekoran beberapa kali membuat "pusingan U" dan mengambil sikap menyerang PAS selain terjebak dengan laporan rekaan sebuah portal asing, Sarawak Report.

Portal berkenaan sebelum ini terbukti gagal mengemukakan bukti kepada mahkamah setelah menuduh PAS menerima sogokan dari Mohd Najib berjumlah RM90 juta, sekaligus mencalarkan imej Mahathir di mata dunia.

PAS yang sebelum ini yang diancam kemelut dalaman hasil campur tangan DAP dalam pemilihan parti itu telah menyebabkan ia terpecah dua dan melahirkan parti serpihan baru, Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai Mohamad Sabu serta beberapa pemimpin lain yang tewas, tidak dipilih perwakilan.

Seterusnya, PAS memperkenalkan konsep "politik matang dan sejahtera" yang antaranya berpegang kepada ajaran Islam untuk tidak menyerang sesuatu isu yang kabur dan tidak pasti selain kembali ke perjuangan asal parti itu yang lebih rela tewas politik asalkan mencapai keredhaan Allah. 
- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com