DAP Bukan Sahaja Bercita-Cita Kuasai PH Tapi Mahu PAS Terus Bermusuh Dengan UMNO


DAP bukan sahaja bercita-cita hendak menguasai Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, PAN dan PPBM tetapi parti itu juga mahu 'mengawal PAS' yang tidak lagi bekerjasama dengan gagasan pembangkang itu.

Parti sosialis yang memperjuangkan 'Malaysia Malaysian' itu mengharapkan 'bisa' PAS untuk menyerang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam melahirkan rasa hairan kerana PAS kini tidak lagi 'aktif' menyerang UMNO/BN, sebaliknya PAS lebih gemar menyerang DAP dan PAN.

Namun jika dilihat di media proPAS, parti itu masih terus menyerang kerajaan dan UMNO dalam pelbagai isu, sebaliknya UMNO bertahan dan mengambil pendekatan untuk menjelaskannya.

Guan Eng mungkin amat terasa sekali apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan semalam mengajak rakyat menolak parti dan pihak yang mahu mengubah atau merungkai perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Hadi juga mengganggap mereka yang mahu menrungkai perlembagaan itu sebagai pengkhianat dan perlu ditolak pada PRU14. 

Walaupun Abdul Hadi tidak menyebut DAP dalam kenyataan itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memahami ianya ditujukan kepada DAP.

Guan Eng mendakwa PAS kini suka memainkan sentimen agama bagi memecahbelahkan bangsa dan agama, maka sebab itu DAP  'marah' sedangkan DAP juga memainkan sentimen bangsa.

Namun dakwa Guan Eng DAP kini memilih untuk mengasihi "sesama manusia,". Malangnya kasih sayang DAP itu hanya hadzir ketika negara akan mengahadapi pilihan raya.

Jika DAP Pulau Pinang meletakkan kasih sayang, tidak mungkin kampung Melayu makin lenyap di pulau itu.

Jika DAP 'sayangkan' PAS, tidak mungkin DAP menyingkirkan PAS dan 'menyayangi' PAN serta menggunakan parti itu untuk menyerang  PAS.

Pastinya DAP tidak akan 'berdiam diri' apatah lagi ada tanda-tanda positif  PAS dan UMNO akan bersama di luar hubungan politik.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara PAS dan UMNO dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

PAS dan UMNO tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing, katanya.

Nasharudin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yakin kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. 

"Saya masih berpegang kepada kaedah kerjasama itu untuk berbincang dan merancang masa depan politik dan melihat sesuatu demi kepentingan negara," katanya pada majlis syarahan  umum bertajuk ‘Gerakan Kesederhanaan Global: Membina Jambatan dan Menghapuskan Halangan Menerusi Kesederhanaan’ di Wisma Putra di semalam.

Sementara itu, Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Malaysia masih mengharapkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan DAP dan  kembali bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak demi merancangkan masa depan politik orang Melayu dan negara.

Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, Mahathir perlu memikirkan masa depan negara supaya Melayu tidak berpecah belah dan kembali kepada perjuangan asal.

“Jika dulu, Tun M menentang perjuangan Lim Kit Siang yang jelas tidak sehaluan dengan UMNO, mengapa kini, Tun M bersama DAP? tanya beliau pada Majlis Makan Malam Sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Kota Bharu kelmarin- Kedahnews.com.


  . 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com