Dadah: 17 Ditahan Ketika Berhibur Di Pusat Karaoke


KAJANG - Sebanyak 17 individu ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat karaoke di Dataran C180 di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, dalam serbuan Ops Noda kira-kira pada pukul 1.15 pagi itu, polis turut menahan 10 wanita warga Vietnam serta dua lelaki yang merupakan pekerja dan penjaga premis itu.

"Bertindak atas maklumat risikan, serbuan turut melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Kajang telah melakukan pemeriksaan terhadap 63 lelaki dan 14 wanita yang mengunjungi pusat hiburan itu.

"Hasil serbuan, polis turut menjumpai satu bungkusan berwarna hijau kuning mengandungi serbuk putih seberat 23.3 gram dipercayai dadah jenis heroin," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Ujarnya, pihak polis juga turut merampas amplifier, speaker, televisyen serta dokumen pembayaran dan wang tunai berjumlah RM325,"katanya.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 55B, 39 (b) dan 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com