Civic Type R Sah Masuk Malaysia


KEMUNCULAN model Honda Type R di Litar Antarabangsa Sepang mengesahkan bahawa model tersebut bakal dibawa masuk oleh Honda Malaysia.

Mengukuhkan lagi kenyataan tersebut apabila Honda Malaysia membuka tempahan model berprestasi tersebut di pusat Honda Sport terpilih. 

Hot hatch berkenaan akan menjadi produk rasmi Honda Malaysia paling bertenaga dan mahal di pasaran tempatan. 

Walaupun masih belum mengumumkan harga rasmi, tentunya anggaran model Civic Type R menghampiri RM300,000. 

Sehingga kini masih tiada spesifi kasi rasmi bagi pasaran Malaysia.

Civic Type R menarik perhatian ramai kerana penampilan rekaannya yang memiliki aura elegan dan sporty. Lampu depan dengan ciri LED berbentuk tajam dan ditarik sehingga ke sisi memberikan pencahayaan cukup terang.

Lampu berhentinya juga direka elegan dan futuristik dengan padanan ciri LED. Bahkan gabungan spoiler sporty mengukuhkan kesan hot hatch yang elegan.

             
Menariknya, Civic Type R diiktiraf sebagai kenderaan pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia dengan catatan rekod 7 minit 43.90 saat di Litar Nurburgring, Jerman. 

Kejayaan tersebut dicapai hasil penggunaan teknologi terkini dan pembaharuan signifi kan antaranya penambahbaikan bahagian aerodinamik yang menawarkan prestasi dan kestabilan lebih baik.

Dibangunkan dengan rangka badan yang lebih kukuh, Civic Type R menggunakan enjin 2.0 liter VTEC pengecas turbo. 

Enjin itu menghamburkan kuasa 310PS dan tork maksimum 400Nm. Ia kemudian digabungkan dengan transmisi manual 6-kelajuan. 

Pihak Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) Honda menghasilkan transmisi manual yang mampu menukar gear dengan tepat. Hot hatch itu dipadankan dengan tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Sport dan +R.

Ketiga-tiga mod tersebut akan menala bahagian Adaptive Damper System (ADS), Drive-by- Wire throttle (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), kawalan traksi dan sistem brek. Setiap mod pemanduan menawarkan kestabilan pengendalian dan pemanduan.

Sementara, penggunaan sistem ekzos tiga cara menawarkan rasa sporty menerusi bunyi ekzos yang garang ketika memecut. Pengalaman mengambil

selekoh juga menjadi lebih baik menerusi rim aloi aluminium 20 inci yang direka untuk kelajuan dan pemanduan agresif.

Keyakinan membrek diserahkan kepada brek Brembo berprestasi tinggi. Honda Civic Type R untuk pasaran Malaysia diimport dari Kilang Honda Swindon, United Kingdom manakala bahagian enjin dihasilkan di Anna, Ohio (Honda of America Manufacturing Inc).

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com