Calon Perdana Menteri Bukan Dari DAP, Kata Kit Siang


WALAUPUN  Penasihat DAP, Lim Kit Siang dianggap calon yang paling layak oleh pemimpin DAP, bekas ketua pembangkang itu menyangkal bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri.

Malah Kit Siang menegaskan DAP bukanlah sebuah  parti terbesar jika Pakatan Harapan menang PRU14, sebaliknya blok terbesar ialah   Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau menjangka pada PRU ini, Pakatan Harapan boleh memenangi 113 daripada 165 kerusi parlimen dengan hanya 50 kerusi dimenangi BN dan dua kerusi PAS.

"Dalam senario kemenangan 113 kerusi Pakatan Harapan itu kemungkinannya DAP menang 32 kerusi, " kata Kit Siang yang dipetik daripada Roketkini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyifatkan sebagai dakwaan jahat terhadap mereka yang berkata beliau akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu menyatakan jika Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan, , Perdana Menteri tetap orang Melayu, bukan daripada DAP.

Kenyataan Kit Siang itu dilihat seolah-olah mahu menyangkal kenyataan Datuk Zahid Ibrahim dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof. Dr. P. Ramasamy yang menyatakan beliau adalah paling tokoh paling layak untuk menerajui kerajaan jika Pakatan Harapan menang.

Kenyataan kedua-dua pemim­pin itu dikatakan mencerminkan hasrat DAP yang sebenarnya mahu Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

Jika Kit Siang tidak mahu diangkat sebagai Perdana Menteri, jawatan itu akan menjadi 'rebutan' semula antara pemimpin PKR dan PPBM.

Walaupun Kit Siang menolak jawatan Perdana Menteri, beliau tentunya mahu DAP menang lebih banyak kerusi Parlimen daripada PKR dan parti sekutu lain bagi menguasai kerajaan Pusat.- Kedahnews.com













No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com