BN Letak 40 Peratus Muka Baharu, Rangka Manisfesto Khas Untuk Tawan Kelantan


PRESTASI PAS selama 27 tahun mentadbir Kelantan adalah antara aspek yang akan diambil kira dalam penyediaan manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Prestasi PAS selama 27 tahun mentadbir Kelantan adalah antara aspek yang akan diambil kira dalam penyediaan manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penelitian itu melibatkan perkara yang belum dilaksanakan PAS sejak 1990 dan bukan sekadar merujuk rekod PAS pada PRU13.

"Asas kita ialah janji PAS yang tidak dicapai terutamanya yang melibatkan penyediaan kemudahan asas, peluang pekerjaan, masalah berkaitan anak muda, pertanian (projek ladang rakyat), bekalan air dan perumahan. Selain itu, kita juga akan mengambil kira janji-janji kita dalam manifesto BN pada PRU13.

"Ini perkara besar dan sudah pasti rakyat Kelantan ingin melihat apakah kemampuan kita, apakah yang kita boleh buat berbanding PAS,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Setiausaha UMNO negeri Datuk Hanafi Mamat, Bendahari UMNO negeri Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Beliau berkata UMNO Kelantan menubuhkan jawatankuasa manifesto yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin dan sedang melengkapkan draf yang akan dikemukakan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kita akan lakukan penambahbaikan manifesto untuk diselaraskan di peringkat nasional berpandukan garis panduan yang diedarkan agar menghasilkan manifesto yang realistik dan mampu dicapai,"katanya.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata antara 30 hingga 40 peratus muka baharu bakal diketengahkan sebagai calon BN di Kelantan pada PRU14.

Beliau berkata proses pemilihan calon tersebut memasuki saringan kedua hari ini sebelum tapisan terakhir yang akan dilakukan dalam tempoh sebulan lagi.

"Kita mengambil pendekatan mengemukakan antara tiga hingga empat nama bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jadi sudah tentu muka baharu itu ramai, kita akan pilih yang terbaik sebelum (senarai) diserahkan kepada Presiden UMNO,"katanya.

-- BERNAMA
berkata penelitian itu melibatkan perkara yang belum dilaksanakan PAS sejak 1990 dan bukan sekadar merujuk rekod PAS pada PRU13.

"Asas kita ialah janji PAS yang tidak dicapai terutamanya yang melibatkan penyediaan kemudahan asas, peluang pekerjaan, masalah berkaitan anak muda, pertanian (projek ladang rakyat), bekalan air dan perumahan. Selain itu, kita juga akan mengambil kira janji-janji kita dalam manifesto BN pada PRU13.

"Ini perkara besar dan sudah pasti rakyat Kelantan ingin melihat apakah kemampuan kita, apakah yang kita boleh buat berbanding PAS,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Umno Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Setiausaha UMNO negeri Datuk Hanafi Mamat, Bendahari UMNO negeri Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Beliau berkata UMNO Kelantan menubuhkan jawatankuasa manifesto yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin dan sedang melengkapkan draf yang akan dikemukakan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kita akan lakukan penambahbaikan manifesto untuk diselaraskan di peringkat nasional berpandukan garis panduan yang diedarkan agar menghasilkan manifesto yang realistik dan mampu dicapai,"katanya.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata antara 30 hingga 40 peratus muka baharu bakal diketengahkan sebagai calon BN di Kelantan pada PRU14.

Beliau berkata proses pemilihan calon tersebut memasuki saringan kedua hari ini sebelum tapisan terakhir yang akan dilakukan dalam tempoh sebulan lagi.

"Kita mengambil pendekatan mengemukakan antara tiga hingga empat nama bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jadi sudah tentu muka baharu itu ramai, kita akan pilih yang terbaik sebelum (senarai) diserahkan kepada Presiden UMNO,"katanya.

- Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com