Barat Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemimpin Tentera Myanmar


YANGON/WASHINGTON - Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan terhadap pemimpin-pemimpin tentera Myanmar berikutan keganasan yang menyebabkan lebih 500,000 etnik Islam Rohingya menjadi pelarian.

Temu bual dengan lebih 12 diplomat dan pegawai kerajaan yang beribu pejabat di Washington, Yangon dan Eropah mendedahkan bahawa hukuman berat khususnya terhadap pegawai tertinggi tentera adalah antara tindakan yang dibincangkan bagi menangani krisis etnik berkenaan.

Walau bagaimanapun menurut sumber kepada Reuters, sehingga kini, Washington dan Brussels masih belum membuat keputusan tentang tindakna itu namun rundingan yang dilakukan turut menyenaraikan usaha meningkatkan bantuan di wilayah Rakhine. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com