Banjir Kilat Di Kedah Bukan Kerana Kelewatan RTB


ALOR SETAR - Banjir kilat yang berlaku di Kedah pada minggu lalu dan semalam tidak diakibatkan oleh kelewatan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dakwaan tersebut dan menganggap pembangkang sengaja memanipulasikan bencana banjir tersebut.

Projek tersebut mengalami kelewatan dan hanya capai 77 peratus kemajuan berbanding sasaran 94.5 peratus, setakat 20 Julai lalu.

“Berdasarkan laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kaji Cuaca serta agensi lain, memaklumkan hujan yang turun secara luar biasa serta fenomena air pasang menjadi punca banjir di Kedah,” katanya.

Bencana banjir kilat yang terlaku tersebut tidak sepatutnya dipersalahkan projek RTB Sungai Kedah/Anak Bukit kerana projek RTB di Kuala Muda melibatkan RM1.4 bilion telah siap sepenuhnya dan berjaya mengurangkan risiko banjir besar.

“Bukan sebabnya RTB sahaja, hujan lebat dengan air pasang lagi, banyak tempat rendah dinaiki air. Kita berbelanja berbilion ringgit untuk semua projek RTB, ada yang dah siap, ada masih dilaksana seperti di Kota Setar dan Kubang Pasu yang dijangka siap 2019, saya percaya selepas itu masalah selesai,” katanya.

Pembangkang dilihat sengaja mempolitikkan isu banjir dan seperti membutakan mata apabila kerajaan Kedah membantu lebih 3,000 mangsa banjir di empat daerah terlibat, iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda dan Pokok Sena.

“Apabila berlaku hujan luar biasa selain air laut pasang, kita terpaksa tutup pintu tandop pasang surut Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk elak air masin masuk ke sawah. Bila tutup air hujan tak dapat mengalir ke laut,” katanya.

Terdahulu,  Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung mempolitikkan isu banjir dengan mendesak mempercepatkan projek RTB Sungai Kedah/Anak Bukit dan mendakwa banjir terjadi kerena kelewatan projek tersebut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com