Bandaraya Alor Setar Dinaiki Air Paras Lutut


ALOR SETAR - Hujan lebat tanpa henti selama lebih tiga jam pada pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar bandaraya Alor Setar dinaiki air antara 0.3 hingga satu meter.

Kawasan-kawasan yang dinaiki air adalah  Bukit Pinang, Kepala Batas, Taman Mergong, Jalan Sultanah Bahiyah, Jalan Teluk Wanjah dan Kampung Tok Jalai.

Hujan lebat berterusan tersebut turut mengakibatkan dua jalan utama telah ditenggelami air, jalan tersebut adalah Jalan Alor Setar- Hutan Kampung dan Alor Setar-Kepala Batas.

Turut dinaiki air adalah jalan alternatif serta jalan kampung. Banjir kilat tersebut berlaku brpunca daripada air yang mula melimpahi longkang utama dan sungai gagal menampung jumlah air yang banyak susulan hujan lebat sejak jam 6 pagi.

Hasil tinjauan mendapati air turut memasuki awasan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Omar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pinang, Alor Setar.

Namun begitu, setakat ini Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkata, masih belum ada sebarang arahan penutupan sekolah dikeluarkan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com