Bajet Alternatif Pakatan Harapan Pun Ada "Dedak"?


Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan. Beliau cuba nyatakan sebegitu kepada para penerima bantuan tersebut.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.

Namun dalam Bajet Pakatan Harapan yang dibentangkan semalam, pemimpin pembangkang mula tersedar bahawa pemberian BR1M memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan.

Tindakan itu jelas menolak kenyataan Dr Mahathir dahulu yang memperlekeh pemberian BR1M sebagai dedak dan rasuah kepada rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan UMNO dan BN sebagai pemerintah kerajaan
.
Kini pembangkang turut menyedari bahawa isu BR1M tidak harus dipolitikkan, tetapi lebih kepada memberi manfaat kepada rakyat.

Bajet itu juga cuba memberi 'gula-gula' dengan janji untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan cukai (GST) dan mengembalikan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Soalnya jika GST dihapuskan sekalipun, adakah harga barang akan turun mendadak?

Tun Dr. Mahathir semasa berucap di Alor Setar, Jumaat lepas juga tidak bersetuju kerajaan menaikkan gaji penjawat awam kerana ia akan menaikkan harga barang. Beliau menggambarkan pemberian kenaikan itu tidak bermakna.

Selain itu, melihat aspek pendidikan awam, bajet mereka mendedahkan berkenaan pendidikan percuma hanya diberikan kepada para pelajar selepas 10 tahun mereka memerintah.

Bagaimanapun perubahan itu dibuat bergantung kepada kajian yang dilaksanakan.

Sekali lagi, ia seperti tidak akan dilaksanakan Pakatan Harapan jika menang PRU14, namun seperti biasa mereka hanya menjanjikan perkara yang tidak pasti kepada rakyat.

Jika benar ingin memberi pendidikan percuma kepada pelajar, bagaimana janji kerajaan Selangor kini di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu banyak janji pembangkang kepada rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto PRU13 masih belum tertunai walaupun menang di Pulau Pinang dan Selangor. -

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mengingatkan rakyat Belanjawan Alternatif 2018 yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan  itu agar tidak  `mendengar guruh di langit, air dalam tempayan dicurahkan' - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com