ATM Tumpaskan Cubaan Seludup 400 Kg Daum Ketum


ALOR SETAR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan 2 Rejimen Sempadan (2 RS) menggagalkan cubaan menyeludup 400 kilogram daun ketum bernilai RM38,000 ke Thailand.

Menurut Panglima 6 Briged, Brig Jen Abdul Aziz Ismail, rampasan dibuat dalam serbuan yang dilakukan enam anggota bersama seorang pegawai di kawasan Operasi Gubir, Pos Batu 34 pada 7.45 pagi Ahad.

"Anggota kita melihat sebuah kenderaan yang mencurigakan dan menahannya, namun kenderaan tersebut memecut dan cuba merempuh anggota kita, namun gagal.

"Empat lelaki dalam kenderaan tersebut melarikan diri ke kawasan sempadan Thailand. Pasukan kita berjaya menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa 80 plastik hitam dipercayai berisi daun ketum seberat 400 kilogram bernilai RM38,000," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Bernama.

Beliau berkata kenderaan dan daun ketum yang dirampas keseluruhan berjumlah RM68,000 telah dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Abdul Aziz, rampasan itu merupakan yang terbesar sejak pasukan 2 RS mengambil alih operasi di kawasan  berkenaan sejak 2 Okt lalu yang diketuai Lt Kol Zamri Zakaria. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com