AS Kembali Terima Pelarian, Sekatan Masih Untuk 11 Negara Majoriti Islam


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kembali menerima pelarian selepas larangan 120 hari tamat semalam namun sekatan masih lagi diguna pakai ke atas 11 negara rata-ratanya negara Islam yang dianggap berisiko membawa ‘ancaman keganasan’.

Rumah Putih melalui satu kenyataan berkata, larangan sementara itu yang dikeluarkan oleh Presiden AS, Donald Trump sejak Januari lalu dan dikuatkuasakan akhir Jun turut mendapat tentangan pihak sebelum Mahkamah Tinggi mengeluarkan untuk mengkajinya terlebih dahulu.

“Keputusan Mahkamah Tinggi telah membolehkan kerajaan untuk mengkaji semula prosedur keselamatan dan melaksanakan tapisan lebih ketat,” katanya.

Pengarah Bersekutu untuk pelarian di agensi Perkhidmatan Imigresen dan Kewarganegaraan AS, Jennifer Higgins berkata, pemohon akan melalui proses tapisan lanjutan termasuk pemeriksaan lebih teliti ke atas akaun media sosial mereka.

“Keselamatan rakyat AS menjadi keutamaan kami,” katanya.

Trump mengeluarkan perintah eksekutif baharu semalam menggantikan arahan tamat tempoh sebelum ini iaitu sebahagian daripada larangan perjalanan kontroversi yang mencetuskan siri tindakan mahkamah berikutan menyasar umat Islam.

Agensi pelarian menyenaraikan negara terjejas seperti Mesir, Iran, Iraq, Libya, Mali, Korea Utara, Somalia, Sudan Selatan, Sudan, Syria dan Yaman. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com