AS Hantar Pesawat Pengebom Ke Semenanjung Korea


SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa menghantar dua pesawat supersonik B-1B Lancer ke semenanjung Korea sebagai langkah menunjukkan kekuatan malam kelmarin.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap baru-baru ini melaporkan, tindakan Washington itu dibuat di tengah-tengah peningkatan ketegangan berhubung program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

Bagaimanapun, masih tiada pengesahan rasmi daripada pihak tentera Amerika. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com