Arab Saudi Pecat Imam Sebar Ideologi Ganas


MOSCOS - Arab Saudi telah memecat beribu-ribu imam masjid di negara itu kerana menyebarkan ideologi keganasan, kata Menteri Luar, Adel Al-Jubeir.

Beliau berkata, negara itu tidak akan membenarkan mana-mana pihak menyebarkan ideologi kebencian, membiayai ideologi sedemikian dan keganasan.

“Pendekatan kami terhadap perkara ini sangat keras, kami memodenkan sistem pendidikan dalam usaha mengelak sebarang kemungkinan dan salah faham,” ujarnya yang dilaporkan portal Arab News.

Adel turut memaklumkan, Riyadh akan bekerjasama dengan Moscow dalam perjuangan menentang keganasan ekoran ramai dalam kalangan anggota kumpulan pelampau di kedua-dua negara ini berjuang bersama-sama kumpulan pengganas Daesh.- AGENSI


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com