Ambil Iktibar Tragedi Pusat Tahfiz


PENDANG - Kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, Kuala Lumpur pada 14 September lalu membuka mata pelbagai pihak akan kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran di pusat tahfiz.

Pengarah Urusan Aw Utara Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Ibrahim berkata, pihaknya merasa terpanggil untuk menyumbangkan alat pemadam api kepada Sekolah Tahfiz dan rumah anak yatim sekitar Pendang.

"Sumbangan ini adalah bertujuan memastikan kesemua institusi penerima hari ini (semalam) sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemalangan yang tidak diingini," katanya ketika berucap di majlis penyerahan di Pejabat Agama Pendang, kelmarin.

Katanya, pada majlis ini dia menyumbangkan dua alat pemadam api kepada sembilan buah tahfiz dan sebuah rumah anak yatim.

"Selain daripada alat pemadam api, kita juga turut menyumbangkan wang tunai bernilai RM200," katanya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com