Air Sungai Di Bahagian Pendalaman Padang Terap Melimpah


ALOR SETAR - Air sungai yang melebihi paras bahaya dan melimpau di bahagian hulu di Padang Terap telah mengakibatkan banjir kilat berlaku.

Air sungai tersebut dilihat mula membanjiri kawasan  jalan raya dari Kampung China menghala ke Padang Durian.

Namun begitu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Supritenden Fadzil Hashim berkata, tiada kawasan rumah penduduk yang ditenggelami air sebaliknya hanya melibatkan jalan raya sahaja.

"Kita sangat berharap penduduk yang menggunakan jalan raya tersebut supaya berhati-hati," katanya.

Disebabkan itu, orang ramai serta pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda yang telah diletakkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Walaupun air naik dengan cepat sekitar jam 12 tengah hari semalam tetapi ia mula beransur surut pada lewat petang itu," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com