Air Liur, Darah Bercampur Muntah Dalam Mulut Kim Jong Nam - Doktor


SHAH ALAM - Perbicaraan bagi kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam diteruskan pada Selasa dengan memanggil semula doktor yang bertugas merawat mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Dr Nik Azrul Ariff Raja Azlan berkata beliau melihat campuran air liur, muntah dan darah di dalam mulut mangsa semasa rawatan diberikan.

Katanya, mangsa ketika itu masih hidup semasa rawatan diberikan.

Malah, selepas mengeluarkan campuran muntah, serapan oksigen berjaya ditingkatkan daripada 60 peratus kepada 92 peratus.

Beliau sebelum itu bertindak memberi dos adrenalin dan endorphins bertujuan meningkatkan serapan oksigen yang pada ketika itu di bawah 40 peratus.

Malah, beliau mempertahankan tindakannya memasang salur intubasi kepada mangsa berikutan ia merupakan pilihan terbaik dalam meningkatkan serapan oksigen ke atas mangsa.

Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin ditangguh seketika pada pukul 9.50 pagi apabila berlaku masalah teknikal.

Kedua-dua tertuduh, warganegara Indonesia, Siti Aisyah dan warganegara Vietnam, Doan Thi Huong memasuki kamar mahkamah dengan bergari sambil diiringi polis pukul 9.05 pagi tadi.

Merdeka tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira 7.45 pagi tadi dilihat memakai berbaju kurung rona biru muda sambil diiringi ketat pihak polis.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com