8 Suspek Kes Samun Jongkong Emas Dicekup


KEPALA BATAS - Polis berjaya menahan seramai lapan suspek termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun kira-kira 11 kilogram emas di Jalan Siram, Butterworth, di sini minggu lalu.

Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di Cheras, Kual Lumpur, Selangor dan Johor hasil penemuan beberapa petunjuk pada kereta yang digunakan mereka dan ditinggalkan di Mak Mandin pada hari kejadian.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya turut menemukan dua jongkong emas seberat kira-kira tiga kilogram yang dianggarkan bernilai RM190,000 setiap satu daripada salah seorang suspek terbabit 

Menurutnya, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan dan polis masih mengesan beberapa individu lain bagi membantu siasatan.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan penglibatan orang dalam dalam kejadian itu,” katanya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com