70% Nahas Pergi Balik Kerja Babit Motosikal


KUALA LUMPUR - Lebih 70 peratus kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik kerja yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membabitkan motosikal.

Pengerusi Lembaga PERKESO Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata, pihaknya mendapati kemalangan dalam perjalanan semakin meningkat dengan ketara dan yang paling banyak membabitkan mereka yang menggunakan motosikal.

Menurutnya, tahun lalu, 31,314 kemalangan dalam perjalanan dilaporkan kepada PERKESO, berbanding 28,579 kes pada 2015.

Beliau berkata selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan penerima faedah yang lain sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sambutan Deepavali di Wisma PERKESO, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammad.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com