5,000 Banjiri Fiesta Ikan Sungai Tasik Raban


LENGGONG - Kira-kira 5,000 orang mengunjungi buat julung kalinya Fiesta Ikan Sungai di Dataran Tasik Raban di sini, yang berlangsung selama tiga hari berakhir kelmarin.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan dan Penerangan dan Modal Insan Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata berikutan sambutan menggalakkan itu, pihaknya berhasrat mengadakan acara berkenaan setiap dua tahun sekali.

"Tasik Raban sesuai dengan aktiviti seperti sukan air dan fiesta ikan sungai dan ia menjadi tarikan termasuk kepada industri pelancongan,"katanya pada majlis penutup Fiesta Ikan Sungai di Dataran Tasik Raban kelmarin.

Fiesta bermula Jumaat itu, turut menyediakan pelbagai aktiviti antaranya demonstrasi masakan bersama chef selebriti, pertandingan nyanyian bakat cilik, pertandingan memancing dan sukan air.

Saarani berkata penganjuran fiesta itu merupakan usaha untuk membangunkan Tasik Raban sebagai kawasan pertanian dan pelancongan terkenal di Perak.

"Melalui usaha itu akan memberikan impak ekonomi kepada peniaga dan penduduk setempat,"katanya.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com