50 Kanak-Kanak Britain Mahu Tukar Jantina?


LONDON – Sekurang-ku­rangnya 50 orang kanak-kanak di Britain mendapatkan perkhidmatan klinik pengubahsuaian jantina dalam tempoh seminggu selepas percaya mereka berada di tubuh badan yang salah semasa dilahirkan.

Mirror Online melaporkan, peningkatan kadar penerimaan jantina itu amat membimbangkan selepas kanak-kanak seawal umur empat tahun sudah mahu menukar jantina mereka.

Kanak-kanak yang berusia 11 tahun atau lebih mungkin diberikan rawatan hormon yang kuat bagi mengelak mereka daripada melalui tempoh baligh.

Sebaik sahaja mereka mencapai usia matang, kanak-kanak itu boleh menentukan sama ada mereka mahu meneruskan de­ngan pengubahsuaian jantina.

Jika mereka mahu menukar jantina, kanak-kanak perempuan akan diberikan testosteron manakala lelaki diberikan estrogen bagi mempercepatkan proses penukaran.

Pakar disforia gender dari Universiti Oxford, Profesor Ashley Grossman menegaskan rawatan yang menghalang tempoh baligh tidak berbahaya dan memberi kanak-kanak lebih masa untuk membuat keputusan penting tentang masa depan ma­sing-masing.

Jelasnya, kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah kecelaruan jantina dan tidak gembira dengan gender mereka namun tempoh akil baligh merupakan tempoh yang mengelirukan dan ada di antara golongan itu jelas terperangkap di tubuh badan yang salah.

“Kami telah menggunakan rawatan ini kepada kanak-kanak memulakan tempoh baligh lebih awal seawal tujuh tahun dan keadaan ini amat membimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu, angka kanak-kanak yang mengunjungi klinik pakar bagi perkhidmatan pembangunan Identiti Jantina Bri­tain di London meningkatkan kepada 24 peratus kepada 1,302 orang dalam tempoh enam bulan lalu.

Daripada jumlah itu, dua daripadanya berusia empat tahun, lima tahun (empat orang) dan enam tahun (17 orang).

 Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com