420kg Daum Ketum, 909 Botol Ubat Batuk Dirampas Di Bukit Kayu Hitam


ALOR SETAR - Sejumlah 420 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM39,900 beserta 909 botol ubat batuk bernilai RM13,635 yang bakal diseludup ke negara jiran berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan 2 Rejimen Sempadan, pagi semalam.

Panglima 6 Briged, Brig Jen Abdul  Aziz Ismail berkata, rampasan tersebut dilakukan oleh 14 anggota bersama seorang pegawai kira-kira pukul 8.30 pagi.

Tiga lelaki yang menaiki tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dilihat dalam keadaan mencurigakan berhampiran Batu 28 Sempadan di Bukit Kayu Hitam.

Anggota ATM yang menghampiri cuba menahan motosikal dan kenderaan tersebut namun kesemua mereka bertindak melarikan diri menuju sempadan Malaysia-Thailand menunggalkan kenderaan pacuan empat roda itu.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati terdapat plastik hitam berisi daun ketum yang bernilai RM39,900 dan ubat  batuk sebanyak 909 botol bernilai RM13,635 yang dipercayai cuba diseludup dari Malaysia ke Thailand.

"Selain itu, turut  dirampas pacuan empat roda itu dengan anggaran nilai kira-kira RM70,000 yang mana nilai keseluruhan rampasan kali ini bernilai RM123,535,” katanya.

Abd Aziz berkata, kesemua bungkusan daun ketum yang dirampas itu diserahkan ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya.

"Kejayaan rampasan ini hasil kesiapsiagaan jitu serta perancangan teliti diterapkan dalam kalangan anggota 2 Rejimen Sempadan, katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com