21 Ditahan, Anjur Majlis Berkaitan Syiah


BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan 21 lelaki berusia antara 21 hingga 67 tahun di sebuah rumah di Ulu Tiram, Johor, malam tadi, selepas disyaki mengadakan majlis yang berkaitan dengan fahaman atau ajaran Syiah.

Serbuan pada 10.05 malam itu adalah hasil maklumat dan risikan JAINJ bersama Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JAINJ, Amran A Rahman berkata, mereka yang ditahan di rumah Hauzah Syiah itu termasuk tiga lelaki warga asing.

"Mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana mengingkari pihak berkuasa agama yang dinyatakan melalui fatwa.

"Mereka ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAINJ untuk disoal siasat," katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com