2,000 Rakyat Perlis Ikrar Derma Organ


KANGAR - Setakat Oktober lalu, seramai 2,243 orang rakyat Perlis telah berikrar untuk menjadi penderma organ, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata kesedaran orang ramai di Perlis untuk menjadi penderma organ meningkat setiap tahun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kempen Kesedaran Sempena Minggu Pendermaan Organ 2017 di sebuah pasar raya di sini.

“Kempen jalanan ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai penderma organ,” katanya. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com