2 Pemuda Adik Beradik Ditahan "Lepas Gian" Bersama Di Sik


ALOR SETAR - Dua pemuda yang juga merupakan adik beradik berusia 25 dan 23 tahun antara lima individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sik dalam operasi di daerah itu.

Ketua Pegawai AADK Daerah Sik, Roslin Baharom berkata operasi yang bermula pada jam 11 malam semalam itu dijalankan selama 9 jam, berakhir pada jam 8 pagi ini.

Antara beberapa lokasi yang terlibat dalam operasi tersebut adalah di mukim Jeneri dan Teloi.

Operasi membanteras dadah tersebut turut mendapat kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas kerjasama penduduk awam yang melaporkan mengenai masalah penagih dadah.

Difahamkan bahawa kesemua penagih dadah yang ditahan dalam operasi tersebut tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com