2 Kanak-Kanak Terperangkap Di Tengah Sungai Pada Waktu Subuh


DUA kanak-kanak perempuan berusia lima dan 10 tahun diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap di tengah Sungai Pampang, Keningau pada 6.30 pagi semalam.

Kedua-dua kanak-kanak itu dikatakan cuba menyeberangi sungai berkenaan namun hanya berjaya sampai ke tengah sebelum paras air tiba-tiba naik mendadak.

Ketua Operasi, Jaree Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.35 pagi dan mengerah dua jentera bersama 11 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, operasi menyelamat segera dilakukan untuk membawa keluar kedua-dua mangsa dari tengah sungai.

"Kedua-dua kanak-kanak itu berjaya dibawa keluar dengan selamat dan tiada sebarang kecederaan dialami mangsa," katanya.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com