Warga Emas Lalok Dicekup Di Ipoh

 

IPOH - Seorang lelaki warga emas antara 24 individu yang ditahan ketika mengambil dadah di sebuah ladang sawit dekat Kampung Che Zainal, Chemor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, lelaki berusia 60-an itu ditahan sepasukan anggota Agensi AntiDadah Kebangsaan dalam Op Perdana sempena Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 2017 di sekitar daerah ini.

Walaupun pernah ditahan sebelum ini, lelaki yang mempunyai isteri dan anak itu kembali menagih dan melanggar syarat pengawasan Seksyen 6 (2) (d) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Ketua Pegawai Penguatkuasa AADK Kinta Mohamed Zaharen Ibrahim berkata, operasi bermula jam 4 pagi sehingga 10 malam itu tertumpu di kawasan panas yang dijadikan tempat penagihan serta mendapatkan bekalan dadah.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com