Wak Doyok Pernah Dilabel Lelaki Miang Gara-Gara Hantar Mesej Pada Wanita


IKON fesyen dan pelakon Wak Doyok mendedahkan dia pernah dianggap sebagai lelaki 'miang' gara-gara tindakannya menghantar mesej peribadi kepada seorang wanita di Instagram.

Kata Wak, dia tidak menyangka wanita itu akan mendedahkan mesej dihantarnya untuk tatapan umum sehingga timbul salah faham dalam kalangan pengikut laman sosial.

"Sebenarnya saya pernah menghantar mesej peribadi kepada seorang wanita di Instagram tetapi niat saya hendak berkenalan dengannya telah disalah anggap.

"Dia mendedahkan mesej saya secara terbuka di Instagram dan menganggap saya lelaki miang wahal saya memang ikhlas hendak berkawan.

"Mungkin juga dia tak percaya seorang selebriti hendak berkenalan dan menyangka saya ingin mempermainkannya," katanya.

Wak tidak cerewet soal ciri-ciri calon isterinya.

Ekoran kejadian itu, Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 38, berkata, dia serik untuk menggunakan media sosial sebagai medan mencari jodoh.

Sementara itu, Wak berkata, dia bukannya seorang lelaki cerewet dalam memilih pasangan hidup hanya kerana gaya hidupnya dilihat bercitarasa tinggi.

Sebaliknya kata pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini, dia berharap dipertemukan dengan seorang wanita yang boleh memahami dirinya selain membesarkan anak-anak mereka nanti dengan baik.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin malah pada usia saya sekarang memang sudah sepatutnya berkahwin dan menimang cahaya mata.

"Tidaklah saya mencari wanita cantik sahaja tetapi cukuplah dapat jaga saya, ibu bapa dan besar anak-anak kami dengan baik.

"Kalau dapat jodoh seorang guru pun apa salahnya, dapatlah dia mendidik anak-anak kami nanti," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wak berkata, dia terkejut apabila diberitahu namanya mendapat pencalonan awal pada Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) menerusi penampilan sulungnya dalam Abang Long Fadil 2.

Bagaimanapun Wak tidak meletakkan harapan tinggi dan bersyukur dengan pencalonan diterima.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com