Ujian DNA Dijalankan Untuk Kenal Pasti Mangsa - Dr Subramaniam


Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam mengesahkan 23 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pemeriksaan dan pengecaman.

Dalam satu sidang media semalam, Dr Subramaniam memaklumkan, seramai 10 mangsa cedera dirawat di HKL, dengan empat daripadanya mengalami kecederaan serius.

Mangsa pertama tiba di HKL jam 6.40 pagi.

Proses mengenal pasti identiti mengambil sedikit masa memandangkan keadaan mayat yang majoritinya terbakar teruk.

"Ujian DNA sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti mangsa," kata Subramaniam.

Beliau yang sempat bertemu ibu bapa mangsa yang terkorban turut menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang terlibat.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com