Ujian Bom Hidrogen 'Kejayaan Sempurna'


SEOUL-Korea Utara menyifatkan ujian bom hidrogen yang dilancarkannya pagi tadi sebagai 'kejayaan sempurna', menurut media negara itu.

Difahamkan, bom berkenaan memiliki keupayaan untuk dipasang bersama peluru berpandu jarak jauh milik negara terbabit.

Pengumuman mengenai kejayaan itu diumumkan stesen Korean Central Television, beberapa jam selepas letupan keenam bom nuklear dilakukan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com