Tular Gambar Pelajar Lelaki Bagi Hadiah Beg Bonia Pada Teman Wanita Tidak Benar


BEBERAPA hari lalu, tersebar dua keping gambar yang memaparkan seorang pelajar perempuan menerima hadiah daripada seorang pelajar lelaki.

Apa yang menjadikan foto itu tular apabila ada pihak yang membuat dakwaan pelajar lelaki itu menghadiahkan beg tangan berjenama Bonia kepada pelajar perempuan tersebut.

Susulan itu, ramai yang menjadikan foto-foto itu sebagai bahan troll dan meme, memandangkan usia dua pelajar itu yang masih muda.


Namun sejak semalam, tersebar pula satu keratan penjelasan dari satu pihak yang mendakwa mengenali dua pelajar berkenaan.

Sumber itu, menerusi satu kemaskini di Instagram, seperti yang dikongsi oleh beberapa pihak, menjelaskan apa yang disebarkan netizen adalah fitnah semata-mata.

Sumber itu, menerusi satu kemaskini di Instagram, seperti yang dikongsi oleh beberapa pihak, menjelaskan apa yang disebarkan netizen adalah fitnah semata-mata.

Menurutnya, dua-dua pelajar itu merupakan kawan baik, dan sambutan hari jadi yang dibuat bukan melibatkan mereka berdua sahaja, tetapi juga rakan-rakan lain.

Tambah sumber itu lagi, tiada beg tangan seperti yang diperkatakan, sebaliknya beg kertas tertulis Bonia itu hanya berisi makanan.

Menerusi beberapa portal hiburan, ibu pelajar perempuan itu juga terkilan dengan penyebaran gambar dan informasi yang salah, yang menyebabkan anaknya malu untuk ke sekolah.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com