Tolak Parti Tentang Islam, Jadi Alat Kepada DAP - Hadi Awang


DAP dan Pakatan Harapan  telah memisahkan urusan kehidupan daripada agama dan boleh me­nu­kar agama dengan apa sahaja serta menjadikannya alat kepada siapa sahaja demi kepentingan politik sementara.

Oleh yang demikian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru semua pihak termasuk bukan Islam disaran  menolak parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsepkan sekularisme seperti DAP dan gabungan parti yang menjadi anggota Pakatan Harapan.

"Belum pun mentadbir negara, mereka sudah menunjukkan sifat negatif  selepas  hanya mentadbir sebuah negeri. Parti itu telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini, lebih-lebih lagi menunjukkan keberanian mahu merungkai perkara asas dalam kontrak sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara.

“Ini berbeza dengan PAS di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun dicekik dan dijerut lehernya, namun tetap tidak dapat dicucuk hidungnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi menegaskan PAS juga tidak mengharapkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana tidak mempercayai kepemimpinan gabu­ngan tersebut.

"Kita  mengenali Pakatan Harapan kerana  semua mereka yang terlibat dengan penubuh­annya, tidak boleh di­percayai ha­ra­pannya. Mereka hanya bergantung ha­rapan dalam Kabinet bayangan dan konsep matlamat menghalalkan cara yang lemah,” ujarnya.

Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak perlu terikut-ikut dengan propaganda pihak lain yang kononnya bimbang PAS  ditipu oleh UMNO atau UMNO ditipu oleh PAS.

Beliau menegaskan walaupun PAS hanya satu-satunya kerusi pembangkang, namun tetap bersepakat mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara dan kaitannya dengan Raja Berperlembagaan.

PAS akan  terus mendesak perubahan mengikut konsep kerajaan Islam. Maka PAS tidak menyokong pindaan Perlembagaan yang dilakukan di zaman Tun Mahathir dahulu, kerana sebenarnya sekadar mengambil kuasa sahaja tanpa konsep Islam yang sebenar, kata Abdul Hadi.

Sementara itu , kata Ahli  Parlimen Marang itu, kekuatan PAS tidak bergantung kepada ukuran kerusi seperti parti lain yang 'boleh mati' kalau tidak ada kerusi.

Bagaimanapun PAS tetap berusaha mendapatkan kerusi bagi memimpin atau menjadi pembangkang yang menasihat, bukan merosak, ujarnya.

Kata beliau lagi  pengaruh PAS terus berkembang dan makin kuat jati diri ahli dan pengikutnya makin bertambah dan berkualiti.

Kalaupun ada yang bersifat sampah dalam PAS boleh merosakkan perjuangannya, sama ada terbuang atau dibuang,  PAS tidak rebah kalau ada pemimpin yang rebah dalam perjalanan perjuangannya.- kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com